Morfem boleh dibahagi kepada
dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
|
Morfem Bebas
|
Morfem
terikat/imbuhan
|
|
Dapat berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber |
|
Mempunyai maksud sendiri.
|
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa
atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
- Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
- Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
- Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
- Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di bawah.
沒有留言:
張貼留言